Guru, Staf Sokongan Dan Guru KAFA SK Pasir Puteh 2011

Monday 22 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah

Tarikh : 9 Ogos 2011
Hari : Selasa
Tempat : Kantin Sekolah
Jemputan : Semua keluarga warga SK Pasir Puteh dan PIBG.
Masa : 6.00 petang - 9.00 malam
























Selamat Bertugas

       Selamat bertugas kepada guru J-QAF yang menggantikan Tuan Haji Muhammad Fadhli yang bertukar ke SK Jerong. Kepada Ustaz Mohd Azheerudin Bin Arsat, kami warga SKPP mengalu-alukan kedatangan beliau dan seterusnya menjadi warga SKPP.


Pertukaran Guru J-QAF

          Tuan Haji Muhammad Fadhli Bin Mansor yang merupakan guru J-QAF di sekolah ini telah bertukar ke SK Jerong berkuatkuasa bulan Ogos 2011. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 8 Julai 2009. Tempat beliau telah digantikan dengan guru J-QAF dari SK Jerong iaitu En Mohd Azheerudin Bin Arsat. Kami warga SKPP mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan janganlah lupa kami di sini. Bertemu dan Berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lah lupa.














Pemeriksaan Gigi

Tarikh : 1 - 11 Ogos 2011
Tempat : Kelas Pemulihan
Sasaran : Murid Prasekolah hingga murid tahun 6
Dari : Pusat Kesihatan Kuala Abang, Dungun, Marang
Tujuan : Untuk memeriksa kebersihan gigi kepada setiap murid di samping menampal atau mencabut gigi yang rosak atau berlubang.




Tuesday 9 August 2011

Program Tadarus Al-Quran

Sepanjang menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Panitia Pendidikan Islam SK Pasir Puteh telah menganjurkan program Tadarus Al-Quran kepada murid tahap 1 dan tahap 2 yang terlibat. Program ini dijalankan pada setiap hari sepanjang sesi persekolahan bermula jam 9.45 pagi bagi murid tahap 1 dan murid tahap 2 bermula pada pukul 10.15 pagi.