Penubuhan sekolah ini di asaskan oleh En Awang bin Samad dalam tahun  pada tahun 1954.Beliau telah bermuafakat dengan penduduk kampung bagi  membina sebuah sekolah pada 2 Mac 1954.Murid yang pertama belajar die  sekolah ini seramai 40 orang dan seorang guru.Maka wujudlah Sekolah  Pasir Puteh yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Pasir Puteh.Pada tahun  1955 bilangan murid telah bertamabah menjadi 54 orang.Dari tahun ke  setahun sekolah ini semakin berkembang iaitu bilangan murid dan guru  sentiasa bertambah.Pada tahun 1958 bilangan murid bertambah menjadi 68  orang dan guru bertambah menjadi 2 orang.Pada tahun ini juga seorang  murid dari sekolah ini berjaya lulus peperiksaan ke Special Malay Class  ialah Mohd Daid b Ngah.Pada tahun 1964 bilangan guru bertambah kepada  empat orang.Guru Besar,En Wan Longb Wan Sulaiman pada masa itu.Selepas  negara mencapai kemerdekaan sekolah ini menerima kemajuan bertambah  pesat dari tahun ke setahun.Ramai murid yang berjaya melanjutkan  pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
 
