Guru, Staf Sokongan Dan Guru KAFA SK Pasir Puteh 2011

Wednesday 25 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

         Tanggal 16 Mei 2011, SK Pasir Puteh telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah di dewan sekolah. Majlis itu bermula jam 8.30 pagi dengan ucapan hari guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Teks ucapan dibaca oleh guru penolong kanan. Seterusnya ucapan perasmian telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Marang iaitu En Mohd Halim Bin Yatim.Majlis berakhir jam 10.30 pagi.

          Majlis bersambung semula dengan permainan sukaneka guru yang dianjur oleh badan pengawas SK Pasir Puteh. Antara permainan yang dijalankan seperti makan buah mempelam,bowling botol, golek bola dengan gelung rotan,gelek buah kelapa dengan kayu hoki dan sambut belon berair.

          Akhir sekali majlis dijalankan dengan persembahan murid dari murid prasekolah hingga murid tahun 6. Selepas itu acara pertukaran hadiah antara guru dibuat. Majlis diakhiri dengan jamuan guru.

Kem Sinar UPSR 2011

        Pada 12-13 Mei 2011, bertempat di Chalet D'Pengkalan, Rantau Abang, Jawatankuasa UPSR sekolah telah mengadakan kem kepada semua murid tahun 6. Tujuan utama kem ini dijalankan adalah untuk memberi motivasi kepada murid tahun 6. Di samping itu juga, daripada kursus ini dapat memberi tip dan pendedahan kepada murid tahun 6 tentang cara menjawab soalan bahasa melayu, matematik,bahasa inggeris dan sains.

       Kem itu dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Tuan Haji Mohd Bin Draman. Pihak Jawatankuasa UPSR sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada guru yang terlibat. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah dan mencapai kejayaan.

Sunday 22 May 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN OTI 2

Kepada semua pelajar SK Pasir Puteh SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( OTI 2 ).... Semoga kelian dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang sebagaimana yang diharapkan................

Daripada : Guru Besar
                 SK Pasir Puteh.

Wednesday 18 May 2011

Hari Puteri PPIM 2011


Selasa 3 Mei 2011 - Bertempat di SK Gong Nangka telah diadakan sambutan hari puteri islam peringkat daerah marang. Pelbagai acara telah diadakan. SK Pasir Puteh telah menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 9 orang murid. Keputusannya:
  • Gubahan gula-gula (johan)
  • Sajak (naib johan)
  • Tilawah (saguhati)
  • Hafazan (saguhati)
  • Membuat Sandwich (saguhati)

Kem Bestari Solat Siri 1 (Program J-QAF) 2011

Tarikh: 24 April 2011
Hari: Sabtu
Tempat : Makmal Komputer SK Pasir Puteh
Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang
Peserta: 91 orang (murid tahun 1 hingga tahun 4)
Penglibatan : 8 orang guru (3 guru KAFA, 3 guru Agama, 2 guru J-QAF)
Perasmian : En Mohd Hatta Bin Che Man (Guru Besar SK Pasir Puteh)
Slot: Cara mengambil wuduk, cara bersolat, bacaan dalam solat dan sebagainya.

Karnival Pertandingan Bahasa Melayu Peringkat Daerah

Tempat: SK Marang
Tarikh : 10 Mei 2011

Keputusan:

Pertandingan Bercerita Tahap 2
Peserta: Fatin Nasuha Binti Mohd Lotfi
Tahun: 4
Keputusan: Juara (mewakili daerah ke peringkat negeri).

Pertandingan Pidato
Peserta: Fatin Najiha Binti Mohd Lotfi
Tahun : 6
Keputusan: Tempat Kedua

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah

      Syukur dan alhamdulillah kerana pada 5 hingga 7 Mei 2011 telah dijalankan perkhemahan unit beruniform bagi tahun 2011 bertempat di Tapak Perkhemahan Sekayu, Kuala Berang. Perkhemahan ini telah lama dirancang oleh unit ko-kurikulum SK Pasir Puteh dan akhirnya berjaya dilaksanakan.
      Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk disipilin yang tinggi dikalangan peserta, menanam sikap kecintaan flora dan fauna, memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong di samping merapatkan hubungan siraturrahim dikalangan peserta dan juga guru.
Peserta seramai 50 orang terdiri daripada murid tahun 6 dan tahun 5 yang melibatkan badan uniform seperti pengakap, tunas kadet remaja sekolah (TKRS) dan puteri islam.Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan seperti kembara malam, jungle tracking, malam kebudayaan, pertandingan masakan, kawad kaki dan sebagainya.
        Dalam melicinkan perjalanan perkhemahan ini, semua guru,staf sekolah,wakil kantin,tukang kebun sekolah, guru KAFA dan juga bekas guru SK Pasir Puteh telah bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.Di samping itu juga pihak sekolah SKPP merakamkan ribuan terima kasih kepada En Khalid Bin Ali dari SK Dura, Kuala Berang kerana telah menjadi jurulatih jemputan dalam segala aktiviti yang telah dijalankan.
        Akhir sekali perasmian penutup bagi aktiviti perkhemahan ini telah dirasmikan oleh En Hasimuddin Bin Wahab iaitu GPK KOKO yang mewakili guru besar. Perkhemahan ini berakhir pada jam 1.00 petang.


Karnival Pertandingan Bahasa Melayu Peringkat Zon 1B

Tempat: SK Merchang
Tarikh: 4 Mei 2011

 Keputusan:

Pertandingan Bercerita Tahap 1.
Peserta: Nuren Amalia Binti Md Anuar.
Tahun: 3
Keputusan: saguhati

Pertandingan Bercerita Tahap 2.
Peserta: Fatin Nasuha Binti Mohd Lotfi
Tahun: 4
Keputusan: Johan

Pertandingan Pidato.
Peserta: Fatin Najiha Binti Mohd Lotfi
Tahun : 6
Keputusan: Naib Johan

Bagi Pertandingan Bercerita Tahap 2 dan Pidato layak ke pertandingan peringkat daerah.

Karnival Pertandingan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah

Keputusan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah 2011
Tempat : SK Bukit Payong
Tarikh : 8 Mei 2011

SK Pasir Puteh telah mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah melayakkan ke pertandingan peringkat ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru bahasa inggeris dan juga guru yang terlibat. Apapun SK Pasir Puteh menuju kegemilangan.

Sunday 8 May 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011

KEPADA SEMUA WARGA SK PASIR PUTEH
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011
SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM MENJAYAKAN MISI DAN VISI
SEKOLAH.....................TERIMA KASIH CIK GU....

DRP : GB SKPP.

Saturday 7 May 2011

Karnival Pertandingan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah

Berikut adalah keputusan bagi karnival pertandingan bahasa inggeris.

Tarikh : 26April 2011
Tempat : SK Marang

Story Telling
Adik Fatin Nasuha Binti Mohd Lotfi  dari tahun 4 telah mendapat tempat kelima.


Action Song
Mendapat tempat ke-enam.

Karnival Pertandingan Bahasa Inggeris Peringkat Zon 1B

Berikut adalah keputusan bagi karnival pertandingan bahasa inggeris.

Tarikh : 20 April 2011
Tempat : SK Pulau Kerengga

Story Telling
Adik Fatin Nasuha Binti Mohd Lotfi  dari tahun 4 telah mendapat tempat pertama.


Public Speaking
Adik Nur Ain Amira Binti Md. Anuar dari tahun 6 hanya mendapat saguhati.



Action Song
Telah mendapat tempat kedua dan layak untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

Program Bescomm Bersama Masyarakat

          Bertempat di pusat bestari comm Gong Balai, satu program telah diadakan yang mana Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah menghantar wakil dalam mengikuti program ini pada 5 Mei 2011. Murid teridi daripada 5 orang murid prasekolah dan 8 orang murid tahap 2. Murid prasekolah mengikuti aktiviti pertandingan mewarna gambar nmanakala murid tahap 2 mengikuti aktiviti pertandingan t-score iaitu menjawab latihan menggunakan ebook yang telah disediakan. Program ini tamat pada jam 12.40 tengah hari yang mana perasmian penutup dirasmikan oleh YB En Yahaya Bin Khatib Mohamed iaitu wakil rakyat badi DUN Pengkalan Berangan.

Monday 2 May 2011

Jamuan Perpisahan








  
          Pada 24 April 2011 bertempat di hotel Tanjong Vista, satu jamuan telah diadakan utuk meraikan guru SK Pasir Puteh yang bertukar ke sekolah lain. Guru yang dimaksudkan adalah Guru Besar iaitu En Hashim Bin Mohd, GPK HEM iaitu Tuan Haji Ismail Bin Jusoh, Guru Pendidkan Islam iaitu En Mohd Lotfi Bin Che Man, Guru Pemulihan Khas iaitu En Nawawi Bin Abu Bakar dan Guru KAFA.       

         En Hashim iaitu guru besar telah bertukar ke SK Serada di Kuala Terengganu, Tuan Haji Ismail bertukar ke SK Jambu Bongkok dan dinaikkan pangkat menjadi GPK Pentadbiran, En Mohd Lotfi bertukar ke SK Jambu Bongkok, En Nawawi bertukar ke SK Jambu Bongkok.        

          Kepada guru yang diraikan hadir ke majlis ini diucapkan ribuan terima kasih. Kami warga SK Pasir Puteh mendoakan kesejahteraan guru di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini.
    

Sunday 1 May 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19

   

    Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 telah dijalankan pada 30 Mac 2011 bertempat di dewan sekolah jam 9.00 pagi. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh wakil PPD Marang iaitu En Kamarudin Bin Ariffin yang mewakili En Md. Yasin Bin Mohd Salleh, Pegawai Pelajaran Daerah Marang.
   Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan daripada guru besar, Yang Dipertua PIBG dan seterusnya ucapan perasmian oleh En Kamarudin iaitu wakil PPD Marang.
   Selesai sahaja masjlis perasmian, cabutan nombor bertuah telah dijalankan. Seterusnya berlangsunglah mesyuarat agung PIBG yang mana segala permasalahan, perkara berbangkit dan sebagainya dapat diberitahu dan diselesaikan. Sealin daripada itu perlantikan semula AJK PIBG yang baru bagi mengganti AJK PIBG yang lama.
   Majlis berakhir jam 1.15 ptg dan diakhiri dengan jamuan.






Pemantapan Pertandingan Guru Inovatif Sempena Sambutan Hari Guru 2011

Guru Prasekolah  ( Pn Rohana Bt Awang)
     Pada 20 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah didatangi oleh wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Penolong Pengarah Prasekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, wakil dari PPD Marang dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
     Satu taklimat khas telah diberikan oleh guru besar bersama guru-guru penolong kanan mengenai maklumat sekolah kepada wakil tersebut. Seterusnya ucapan dari Pn Saharawati Bt Harun iaitu Pen. Pengarah Prasekolah dari Jabatan Pelajaran Terengganu mengenai pemantauan ini dan juga memberi kata-kata semangat kepada guru prasekolah iaiti Pn Rohana Bt Awang yang mana beliau merupakan calon guru inovatif bagi peringkat negeri Terengganu pada tahun ini. Seterusnya ucapan daripada Pn Rohana Bt Awang iaitu guru prasekolah SK Pasir Puteh mengenai projek yang telah dilaksanakan bagi melayakkan beliau menjadi calon guru inovatif ini.
      Selesai sahaja taklimat, wakil tersebut telah dibawa ke kelas prasekolah untuk melihat keberkesanan penggunaan projek yang telah dibuat oleh Pn Rohana itu. Hasilnya amat memuaskan dan murid dapat mengikutinya dengan baik. Tahniah kepada Pn Rohana iaitu guru prasekolah.

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah

     Pada 24 Februari 2011, Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah mengadakan satu majlis sambutan bersempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu majlis maulidul rasul.Tujua  majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakan lagi rasa cinta dan kasih sayang murid sekolah kepada Nabi Muhammad SAW. Di samping itu juga murid dapat mengetahui sejarah, peristiwa dan pengorbanan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW dalam mengembangkan ajaran agama islam.
     Majlis ini dimulai dengan perarakan Maulidul Rasul oleh murid dengan membawa sepanduk sambil berselawat. Selepas perakaran tersebut, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fadhli. Selesai sahaja mendengar ceramah, majlis diteruskan lagi dengan pertandingan nasyid bagi murid tahap 2, persembahan cerita di samping pertandingan Suka Suki Jawi yang melibatkan guru sahaja.
     Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan disusuli pula dengan bacaan selawat.

Kursus Kepimpinan Pengawas SK Pasir Puteh 2011



Bertempat di Anggulia Beach Resort, Marang, kursus kepimpinan pengawas telah dijalankan dengan jaya pada 17 hingga 19 Februari 2011 yang mana ia menggabungkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh dan Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. 
       Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengawas-pengawas sekolah yang meliputi tugas pengawas, kepimpinan pengawas dan sebagainya. Di samping itu juga ia dapat memupuk hubungan siraturrahim dan setiakawan di antara pengawas SK Pasir Puteh dan SK Jambu Bongkok.Di harapkan agar selesai sahaja kursus ini, pengawas sekolah akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, berdisiplin, berhemah tinggi dan berketerampilan.
       Tidak lupa juga ucapan ribuab terima kasih kepada penceramah-penceramah yang didatang khas utuk memberi ceramah dan motivasi kepada semua pengawas yang mengikuti kursus ini. Kepada guru-guru SK Pasir Puteh dan SK Jambu Bongkok juga diucapkan ribuan terima kasih kerana dapat menjayakan kursus ini dengan jayanya.











      

Perjumpaan Murid Tahun 6 Bersama Dengan Ibubapa / Penjaga

           Satu perjumpaan murid bersama ibubapa atau penjaga telah diadakan pada 9 februari 2011 jam 10.00 pagi bertempat di makmal komputer sekolah. Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang bersama dengan ibubapa atau penjaga tentang prestasi anak mereka yang bakal menduduki ujian UPSR pada tahun ini. Di samping itu juga pihak sekolah juga ingin berkongsi dengan ibu bapa tentang permasalahan yang dihadapi oleh anak mereka agar pencapaian murid dapat dipertingkatkan lagi dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.