Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 telah  dijalankan pada 30 Mac 2011 bertempat di dewan sekolah jam 9.00 pagi.  Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh wakil PPD Marang iaitu En Kamarudin  Bin Ariffin yang mewakili En Md. Yasin Bin Mohd Salleh, Pegawai Pelajaran Daerah Marang.
    Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan daripada guru besar, Yang  Dipertua PIBG dan seterusnya ucapan perasmian oleh En Kamarudin iaitu  wakil PPD Marang.
   Selesai sahaja masjlis perasmian, cabutan nombor bertuah telah dijalankan. Seterusnya berlangsunglah mesyuarat agung PIBG yang mana segala permasalahan, perkara berbangkit dan sebagainya dapat diberitahu dan diselesaikan. Sealin daripada itu perlantikan semula AJK PIBG yang baru bagi mengganti AJK PIBG yang lama.Majlis berakhir jam 1.15 ptg dan diakhiri dengan jamuan.
 
 
No comments:
Post a Comment