Guru, Staf Sokongan Dan Guru KAFA SK Pasir Puteh 2011

Wednesday 18 May 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah

      Syukur dan alhamdulillah kerana pada 5 hingga 7 Mei 2011 telah dijalankan perkhemahan unit beruniform bagi tahun 2011 bertempat di Tapak Perkhemahan Sekayu, Kuala Berang. Perkhemahan ini telah lama dirancang oleh unit ko-kurikulum SK Pasir Puteh dan akhirnya berjaya dilaksanakan.
      Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk disipilin yang tinggi dikalangan peserta, menanam sikap kecintaan flora dan fauna, memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong di samping merapatkan hubungan siraturrahim dikalangan peserta dan juga guru.
Peserta seramai 50 orang terdiri daripada murid tahun 6 dan tahun 5 yang melibatkan badan uniform seperti pengakap, tunas kadet remaja sekolah (TKRS) dan puteri islam.Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan seperti kembara malam, jungle tracking, malam kebudayaan, pertandingan masakan, kawad kaki dan sebagainya.
        Dalam melicinkan perjalanan perkhemahan ini, semua guru,staf sekolah,wakil kantin,tukang kebun sekolah, guru KAFA dan juga bekas guru SK Pasir Puteh telah bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.Di samping itu juga pihak sekolah SKPP merakamkan ribuan terima kasih kepada En Khalid Bin Ali dari SK Dura, Kuala Berang kerana telah menjadi jurulatih jemputan dalam segala aktiviti yang telah dijalankan.
        Akhir sekali perasmian penutup bagi aktiviti perkhemahan ini telah dirasmikan oleh En Hasimuddin Bin Wahab iaitu GPK KOKO yang mewakili guru besar. Perkhemahan ini berakhir pada jam 1.00 petang.


No comments:

Post a Comment